Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.
1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini
merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada
berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan
menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda
mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak
anda, merembeskan haruman. Mmm…
2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir
tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki.
Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki
berpendapat gincu bibir merah paling menarik.
3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita
mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu
sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti
meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah
sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu
menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si
jejaka.
4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu
yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan
menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah
lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat
untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan
renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia
tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata
untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.
5. Usap objek bulat
Mengusap
sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang
mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas
minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan
dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya
yang berada berdekatannya.
6. Jengketkan pinggul anda
Bukti
perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang)
pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah
bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks
paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini.
Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.
7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita
mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki.
Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang
menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah
lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah
terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.
8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita
yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan
bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada
jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan
menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita
digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.
9. Kekalkan minat si dia
Kajian
menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah
lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda.
Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah
si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya
sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.
10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan
kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini
merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang
untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.
0 Response to "10 CARA WANITA MEMBUATKAN LELAKI BERNAFSU"
Post a Comment