Bagi peminat setia Fynn
Jamal, pastinya mereka sudah masak sangat dengan pakaian jubah hitam
yang dipakai oleh penyanyi ini namun dalam masa yang sama, dia turut digelar
syiah oleh sesetengah individu yang tidak bertanggugjawab.
Kalau di akaun Instagram
saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya. Sampaikan imej saya
yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman
Syiah. Tuduhan itu memang mengarut
Sebagai seorang wanita
Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum
syarak, katanya kepada mStar Online selain menyifatkan tuduhan berkenaan adalah
sangat melampau.
Bagi Fynn, pemilihan
pakaian berwarna gelap tersebut adalah mudah untuk digayakan ke mana-mana saja,
asalkan selesa dan bersih.
Kalau nak tahu, dahulu
setiap hari saya dan suami ada masalah untuk berfikir baju apa yang perlu
dipakai. Pada pengakhirannya, saya dan juga suami memutuskan untuk memakai baju
hitam sahaja
Bukan orang luar sahaja
bercakap, ibu dan ayah saya pun bising dah tak ada warna baju lain ke?
HahahaBagi saya, yang penting baju dipakai itu bersih, katanya menjelaskan
perkara sebenar.
0 Response to "PANAS!! FYNN JAMAL DITUDUH SYIAH HANYA KERANA PAKAI JUBAH HITAM"
Post a Comment