Seluruh negara menerusi
bahagian pengurusan kesihatan sedang "risau" akan kewujudan satu virus bawaan
vektor nyamuk yang di namakan sebagai Virus Zika. Kerajaan persekutuan menerusi
Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) memandang serius akan perkara ini dan
sedang merangka plan untuk mencegah dan kawalan virus ini daripada menular
kepada negara Malaysia.
Secara amnya, Virus Zika
adalah satu virus bawaan vektor iaitu nyamuk daripada spesies "flaviviridae" dan di
sebarkan oleh nyamuk aedes. Pada kebiasaanya, nyamuk ini akan aktif pada waktu
pagi. Tambahan lagi, antara simptom yang akan terjadi jika terkena gigitan
nyamuk ini ialah mirip akan jangkitan virus iaitu sakit kepala, "rashes"
(kemerahan), demam, keletihan , mata kemerahan, kesakitan pada sendi. Namun
demikian, apa yang paling di takuti adalah apabila para pengkaji sains telah
menemui satu "link" antara kecacatan kongenital sewaktu lahir dan virus ini yang
di namakan sebagai gejala "microcephaly" iaitu kekecilan kepala pada bayi yang
baru di lahirkan.
Setakat hari ini, tiada
ubatan mahupun vaksin yang berjaya bagi menangani perkara ini. Rawatan yang di
berikan adalah rawatan simptomatik sahaja. Tambahan lagi, "ubatan" terbaik bagi
mengelak terkena penyakit ini adalah dengan mencegah. Pencegahan adalah sama
seperti pencegahan membasmi penyakit denggi di mana iaitu dengan memusnahkan
tempat pembiakkan nyamuk. Tambahan pula, ibu yang mengandung di nasihati agar
tidak melawat pada negara negara yang di warna di dalam gambar.
Sebagai petugas kesihatan
termasuk Penolong Pegawai Perubatan, kepekaan terhadap penyakit ini adalah perlu
dengan mengambil kira tempat yang pesakit lawati kerana simptom yang akan timbul
mirip akan keadaan demam biasa agar rawatan awal dapat di berikan di samping
memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam pencegahan penularan virus
ini.
0 Response to "PERHATIAN!! VIRUS ZIKA, IBU MENGANDUNG PERLU WASPADA UNTUK TIDAK MENGUNJUNGI TEMPAT INI"
Post a Comment