Adik ‘Messi’ Ini Akan Menemui Idolanya Tidak Lama Lagi


SEBELUM ini, kisah mengenai seorang budak lelaki berusia 5 tahun, Murtaza Ahmadi yang memakai jersi pemain bola kesukaannya, Lionel Messi yang diperbuat daripada plastik telah mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.

Bapa kepada adik berkenaan, Arif Ahmadi yang merupakan seorang petani di Jaghori, Afganistan bertindak membuat sendiri jersi pemain kebangsaan Argentina itu dengan menulis nama Messi di bahagian belakang ‘jersi’ plastik yang kemudian disarung anaknya, Murtaza.

Murtaza sememangnya meminati Lionel Messi malah bercita-cita ingin bergelar bintang bola sepak dunia terkenal sepertinya satu hari nanti.

Menurut maklumat terkini, Murtaza berkemungkinan berpeluang berjumpa dengan idolanya itu.

Ini susulan Agensi Bola Sepak Afghanistan telah mengesahkan di blog mereka bahawa satu pertemuan antara Messi dan Murtaza sedang dirancang.

Bagaimanapun tiada tarikh atau maklumat lanjut bila dan di mana pertemuan itu akan berlaku.

Cerita di sebalik jersi plastik itu menurut Arif Ahmadi, ianya dicipta apabila beliau tidak mampu membeli sehelai jersi sebenar untuk anaknya yang amat meminati Messi.

“Kadangkala apabila terbangun di tengah malam, dia menangis  beritahu mahu jumpa Messi,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Bleacherreport

 

0 Response to "Adik ‘Messi’ Ini Akan Menemui Idolanya Tidak Lama Lagi"

Post a Comment