Wow.. Pelancong Ke Korea Terima Galaxy Note 5, 1G Internet Percuma

DAHSYAT sekali strategi pemasaran dilakukan Samsung di negara pembuatannya, Korea Selatan.

Hasil kerjasama dengan operator telekomunikasi terkemuka di sana iaitu SK Telecom dan kementerian pelancongan Korea, Samsung menawarkan Galaxy Note 5 untuk dipinjamkan secara percuma kepada pelancong yang datang ke negara tersebut.

Seramai 250 pelancong disasarkan bakal menerima telefon pintar Samsung yang boleh dituntut di Lapangan Terbang Incheon untuk digunakan selama lima hari.

Nextren melaporkan, pelancong yang terpilih bukan sahaja diberi telefon pintar popular Samsung malah data Internet 1GB untuk dilenjan tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanapun, masih belum diketahui apakah syarat dan terma diberikan kepada pelancong yang bakal menerima Samsung Galaxy 5 beserta data Internet percuma ini. – MYNEWSHUB.CC

 

0 Response to "Wow.. Pelancong Ke Korea Terima Galaxy Note 5, 1G Internet Percuma"

Post a Comment