10 FAKTA INI DEDAHKAN SIAPA SEBENARNYA DATO' SERI MUKHRIZ MAHATHIR


1. Beliau adalah bekas pelajar MRSM yang melanjutkan pelajaran ke negeri Jepun. Maka, beliau sudah terbiasa dengan rakyat kebanyakan dan berdikari sejak dari zaman remaja lagi.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu
2. Sebelum berkecimpung dalam arena politik, beliau sudah pun menjadi seorang usahawan yang berjaya bertaraf ratus jutawan. Semasa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau tidak dibenarkan memasuki arena politik.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu4
3. Dato' Seri seorang anak yang sangat patuh kepada orang tuanya dan hasil didikan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, beliau amat menghormati masyarakat dari pelbagai lapisan. Beliau selesa bergaul dengan rakyat kebanyakan dan tidak kekok serta sangat merendah diri. Beliau tidak lokek dengan senyuman, salah satu saranan Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau juga sangat rapat dengan golongan muda.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu1
4. Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menyalurkan keseluruhan gaji beliau kepada sekolah-sekolah pondok dan agama di negeri Kedah. Beliau sangat menyantuni dan menghormati guru-guru agama.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu3
5. Hasil didikan agama yang baik, beliau sangat suka melawat pondok-pondok agama di negeri Kedah dan boleh menjadi imam untuk solat berjemaah. Rakyat negeri Kedah dari pelbagai lapisan serta fahaman politik amat menyayangi beliau kerana mudah untuk didekati.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu5
6. Semenjak menerajui kerajaan negeri Kedah, beliau telah berjaya membawa masuk pelaburan dari luar sebanyak RM11.8 bilion. Kini, ramai pelabur-pelabur dari negara China sangat berminat melabur di negeri Kedah. Langkawi sahaja bakal melihat pembangunan 5 buah hotel baru bertaraf 5 bintang.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu6
7. Dalam usaha beliau untuk menambah pendapatan negeri Kedah, beliau telah melancarkan tahun Discover Kedah 2016 untuk menarik pelancong asing datang melawat Kedah. Menerusi kerjasama Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia, seramai 200 pengusaha pelancong dan media antarabangsa telah di bawa melawat negeri Kedah dalam langkah mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu7
8. Usaha berterusan beliau menghasilkan kerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia di mana,pada 24hb Januari, 2016 nanti, penerbangan terus dari negara China ke Langkawi akan mendarat di Langkawi International Airport dan bakal menjadi laluan tetap.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu2
9. Beliau dapat merasai kesusahan rakyat bawahan dan dengan lantang mencadangkan agar kerajaan persekutuan menurunkan kadar GST dari 6% kepada 3%.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu9
10. Sukan bolasepak Kedah menerusi KFA (Kedah Football Association) telah berjaya kembali memenangi beberapa piala apabila beliau memberi sokongan dan perhatian yang khusus kepada agenda meningkatkan mutu bola sepak negeri Kedah.
10 Fakta Mengenai Dato' Seri Mukhriz Mahathir Yang Ramai Tak Tahu8

Secara peribadi, saya sangat menghormati beliau dan menyokong penuh Dato' Seri menerajui negeri Kedah sebagai Menteri Besar. Kami penduduk Langkawi menyokong Dato' Seri. Teruskan perjuangan.

0 Response to "10 FAKTA INI DEDAHKAN SIAPA SEBENARNYA DATO' SERI MUKHRIZ MAHATHIR"

Post a Comment