MUKHRIZ DIARAH KELUAR DARI MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO


KUALA LUMPUR, Jumaat – Datuk Seri Mukhriz Mahathir diarah keluar dari mesyuarat Majlis Tertinggi petang ini oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor.


Sebelum meninggalkan Menara Dato Onn di sini, Mukhriz mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau diarah keluar oleh Tengku Adnan.

Mukhriz adalah Ahli MT berdasarkan kepada kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Mengikut laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, mesyuarat MT juga dikatakan tidak menyediakan tempat duduk untuk beliau pada mesyuarat itu.

Sementara itu, Mukhriz berkata, beliau tidak menerima apa-apa berita bahawa Menteri Besar Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah minggu depan.

“Saya tidak menerima maklumat seperti itu. Saya tak boleh komen. Sumber ada meragukan,” katanya.

Media hari ini melapor Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan mendapat pekenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk menukar menteri besar di Kedah ketika mengadap baginda Rabu, lalu.

Bagaimanapun, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai ragu-ragu dengan calon menteri besar baharu yang dicadangkan Perdana Menteri.

0 Response to "MUKHRIZ DIARAH KELUAR DARI MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO"

Post a Comment