Sayang seribu kali sayang
apabila rumahtangga pasangan Farah Asyikin, 36, dan suaminya, Zaahier Stanley,
39, telah berada dipenghujungnya. Tidak dapat diselamatkan lagi apabila mereka
akhirnya sah bercerai secara tebus talak sebanyak RM100 di Mahkamah Rendah
Syariah pada hari ini.
Lafaz berkenaan dibuat
oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier
selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin
Yunus.
Sehubungan itu, mahkamah
memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak
kepada Zaahier.
Terdahulu, Mohd Fateh yang
juga pegawai Sulh ketika membentangkan laporan hakam kepada mahkamah mensabitkan
wujudnya ‘Shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan
mencadangkan agar perceraian dibuat secara tebus talak.
Jelasnya lagi, selain
tidak berkomunikasi dan tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera
secara emosi menerusi kata-kata kasar.
Perceraian itu dibuat
mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
1984.
Terdahulu, Farah
memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.
Farah dan Zaahier yang
juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin
pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi
Twitter.
Hasil perkahwinan tersebut
pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang
berusia 18 bulan.
0 Response to "5 FOTO TERAKHIR FARAH ASYIKIN DAN SUAMINYA ZAAHIER STANLEY SEBELUM SAH BERCERAI TALAK SATU"
Post a Comment