Bila lihat foto Umie Aida
lakukan skydiving memang buat kami rasa seram, sejuk, gayat semua ada.Bagi kami
memang hebat dan berani sungguh Umie melakukan aksi sebegitu.
Umie mengambil kesempatan
untuk mencuba sukan ekstrem itu ketika bercuti di Sydney, Australia baru-baru
ini. Rupa-rupanya ini kali kedua Umie beraksi dari paras 14 ribu
kaki.
Saya berada di Sydney
selama 10 hari sehingga 4 Januari. Tujuannya adalah untuk melakukan sky dive
buat kali kedua serta mendaki Blue Mountain.
Ini kali kedua melakukan
sky dive di lokasi yang sama. Semasa kali pertama tahun lepas tak rasa apa
sangat. Masa itu hanya sebab nak capai impian melakukannya buat pertama
kali.
Kali kedua ini pula
perasaannya lain macam sebab saya dah tahu selok-belok dan prosedur yang betul
setelah menjalani latihan di bawah kendalian beberapa jurulatih berkelayakan.
Lagipun, terjunan kali kedua ini sudah lama dirancang. Nikmat dan keseronokan
terjunan kali kedua sungguh lain macam.
Rasa takut itu langsung
tiada orang cakap heartless, macam hati kering. Yang utama saya fikir ialah
untuk menyempurnakan impian melakukan sky dive.Ianya sangat mencabar
adrenalin.
Sesetengah pihak akan
berfikir tidak kah takut mati andai alat terjunan itu tidak berfungsi baik?
Walaubagaimanapun, buat Umie semua itu terletak di tangan Allah
SWT.
Dalam kehidupan ini kita
jangan fikir negatif sangat. Kalau terlalu fikir benda buruk, maka langsung
takkan buat. Saya ini seorang yang berfikiran positif dalam segala hal. Lagipun,
segala kelengkapan disediakan oleh pakar terlatih dan semuanya berfungsi kerana
pakej sukan ekstrem ini memerlukan kos yang sangat tinggi.
Bagi saya, hanya orang
gila yang sukakan cabaran akan tahu nikmat dan keseronokan apabila berada di
udara pada paras lebih 10 ribu kaki.Ini adalah satu aktiviti yang beri
kepuasan.
Jom lihat lagi aksi Umie
Aida ketika berada di udara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Sumber Berita: Mangga
Online
0 Response to "6 FOTO UMIE AIDA LAKUKAN SKYDIVING DARI PARAS 14 RIBU KAKI"
Post a Comment