NABILA Huda
yang dulunya bergelar seorang ibu tunggal kini ternyata lebih bahagia dengan
kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami dalam hidupnya. Ternyata ia
memberikan satu nafas baru kepada pelakon ini.
“Alhamdulillah tidak putus-putus doa dan ucapan
tahniah diberikan semua pihak. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Saya
harap dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan
baik”
“Kehidupan
saya sekarang lengkap. Biasalah, rutin harian memasak untuk suami dan Keisha.
Saya tidak rasa terbeban kerana memang suka memasak,” jelasnya kepada BH
Online.
Majlis
resepsi kedua akan diadakan di kediaman bapanya, di Shah Alam pada 16 Januari
dan akan diadakan secara kecil-kecilan.
Nabilaselamat
diijabkabulkan bersama suaminya, Izwan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam pada 25 Disember lali. Nabila Huda juga mempunyai anak bernama
Keisha Laila yang berusia enam tahun, hasil dari perkahwinan
pertamanya.
0 Response to "NABILA HUDA TAK RASA TERBEBAN SELEPAS BERKAHWIN"
Post a Comment