BETAPA dunia sekarang
sudah semakin ‘dahsyat’ sampai kecurangan antara suami dan isteri pun boleh
dimuatnaik ke dalam laman sosial.
Video berkenaan yang
bertajuk ‘Ana Tenang Mengaku Terlanjur Dengan Remy’ itu giat
dikongsikan secara meluas di laman Facebook yang mana ia mungkin tidak sesuai
untuk ditonton mereka yang di bawah umur kerana penggunaan dialog yang agak
‘terus’ tanpa berselindung.
Menerusi video, suami
wanita berbaju hitam kebungaan itu yang menamakan dirinya “ayah” bertanya
kepada isterinya itu adakah dia menyayangi lelaki yang juga orang ketiga iaitu
Remy, dan wanita itu menjawab kerana sudah terlanjur.
“Sebab mak dah
terlanjur dah tak boleh balik dengan ayah, terpaksa jugaklah
sayang,”kata wanita itu tenang.
Agak berani wanita yang
bernama Ana itu menjawab terpaksa sayangkan orang ketiga dek kerana sudah
terlanjur akibat melakukkan hubungan seks dengan Remy.
Padahal kalau masih
sayangkan suami, pastinya si Ana itu akan insaf dan segera memohon maaf serta
merayu keada si suami supaya menerima dirinya kembali.
Nama orang ketiga, Remy
pula yang dilihat begitu selamba dan berlagak menjawab bahawa dia pula sukakan
Ana tanpa ada rasa bersalah.
Kadang-kadang, manusia
apabila sudah lama memendam rasa dan makan hati serta perasaan sudah tiada
macam-macam tindakan nekad sanggup dilakukan seperti apa yang berlaku di dalam
video ini.
Ramai juga netizen
berpendapat suami wanita itu tidak sepatutnya memuatnaik video berkenaan kerana
ia hanya akan membuka aib keluarga mereka dan mungkin sebagai pengajaran kepada
wanita dan lelaki berkenaan.
Namun, maklumat terbaru
yang baru sahaja diterima kami mengatakan si suami kepada wanita curang terbabit
itu juga sebenarnya hanya dua kali lima sahaja.
Dikatakan lelaki terbabit
mempunyai seorang lagi ‘kekasih gelap’ yang mana si isterinya telah
lama mengetahui hal sebenar yang diselindung oleh suaminya.
Apa kata anda? Layakkah si
suami mengaibkan isterinya sedangkan dirinya sendiri juga sama-sama telah
‘terbabas’?
0 Response to "VIDEO PENGAKUAN ISTERI CURANG, TERLANJUR 'MAIN' DUA KALI"
Post a Comment