Anak gajah tertidur di atas pangkal paha gadis seksi ini selepas didodoikan

Bukan selalu seseorang dapat peluang untuk memeluk seekor gajah kemudian boleh bermanja lagi dengan binatang tersebut. Seorang wanita bukan sahaja berpeluang memegang seekor anak gajah, tetapi anak gajah tersebut baring di pangkuannya sambil beliau mendodoikan dan mengusap kepala anak gajah itu.

Gajah biasanya digunakan sebagai pengangkutan untuk pelancong di Thailand dan bekerja dalam waktu yang panjang, tetapi anak gajah ini menikmati masa manjanya sambil bersantai bersama seorang pelancong di Chai Lai Orchard Nature Bungalows di Chiang Mai.



Pandai anak gajah ini hanya meletakkan kepalanya dan kaki pada wanita itu kerana anak gajah yang baru lahir beratnya mencecah 91kg. Walaupun tidak pasti apakah lagu yang dinyanyikan oleh wanita ini, tapi nampaknya mereka mempunyai ‘chemistry’.


Sumber: kucinghappy



0 Response to "Anak gajah tertidur di atas pangkal paha gadis seksi ini selepas didodoikan"

Post a Comment