Anak Lelaki Azian Mazwan Sapuwan Dicekup Polis Kerana Mencuri Motosikal


Hujung tahun lepas, pernah timbul gosip tentang salah seorang peserta wanita dari program Gegar Vaganza 2 iaitu Azian Mazwan Sapuwan..

Ada pihak mendakwa salah seorang daripada 7 anak penyanyi ini telah terlibat di dalam satu kes kecurian motosikal..

Setelah sekian lama Azian mengambil langkah berdiam diri, akhirnya dia mengambil keputusan untuk mendedahkan hal yang sebenar kepada orang ramai.. Memang betul pun anaknya telah terlibat dengan kes itu..

Anaknya telah ditangkap atas kesalahan mencuri, dan telah pun mengaku kesilapannya itu.. Menurut Azian, punca boleh jadi macam ini adalah kesalahan anaknya dalam memilih kawan..

Biasalah remaja masa kini cepat terikut-terikut.. Kena pantau sama dengan siapa anak kita berkawan..

Azian tak mahu mengulas lanjut pasal anaknya itu, sebab hukuman masih belum dijatuhkan dan perkara itu masih dalam siasatan..

Kami harap, setiap ibu bapa memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak anda.. Jangan terlalu memberi kebebasan kepada mereka, takut perkara-perkara tak diingini berlaku..

Kami harap kes kecurian motor yang melibatkan anak Azian dapat diselesaikan dengan cara yang baik.. Jadikan perkara yang sudah berlaku itu sebagai pengajaran.. Jangan cuba untuk melakukan perkara-perkara yang tak mendapatkan faedah dalam hidup.. Cukup merisaukan kerana di usia yang masih muda, sudah ada rekod jenayah..

0 Response to "Anak Lelaki Azian Mazwan Sapuwan Dicekup Polis Kerana Mencuri Motosikal"

Post a Comment