“Apa Salah Pekerja
PETRONAS? Kenapa anda semua selalu kutuk mereka?”
Sejak kecoh tentang harga
minyak dunia yang jatuh merudum, banyak sangat rumours tentang masa depan
PETRONAS yang merupakan penyumbang UTAMA kepada budget negara.
Ada rumours yang cakap
gaji staff PETRONAS akan dikurangkan sebanyak 10-30%.
Ada juga rumours yang
cakap PETRONAS akan offer VSS kepada staff mereka untuk mengurangkan
kos.
(Semuanya masih di
peringkat RUMOURS selagi mana belum ada pengesahan daripada pihak PETRONAS
sendiri.)
Yang saya
pelik…
Kenapa ramai yang macam
‘suka sangat’ bila baca rumours tentang nasib staff PETRONAS?
Apa salah pekerja PETRONAS
sampai ada yang PERLI dan KUTUK mereka seolah merekalah punca harga minyak dunia
jatuh dan negara berhadapan dengan krisis kewangan?
Walhal masa ‘zaman
kegemilangan’ harga minyak dunia, PETRONAS menyumbang dana yang sangat besar
kepada negara.
Dan pekerja PETRONAS lah
antara yang berkerja keras untuk memastikan perkara tersebut berjaya
direalisasikan.
Jadi…
Apa salah
PETRONAS?
Mereka dah banyak
menyumbang kepada negara.
Duit takdea sekarang bukan
salah PETRONAS, tapi salah pihak yang menguruskan duit yang disumbangkan oleh
PETRONAS.
Ada yang tak puas hati
sebab pekerja PETRONAS kononnya gaji dan bonus besar sangat…
Percayalah…
Kerja di PETRONAS bukan
kerja goyang kaki masuk lambat balik awal (lepas tu dapat gaji
besar).
Ramai pekerja di PETRONAS
yang masuk kerja awal (seawal jam 6.30 pagi) dan terpaksa pulang lewat
malam.
Saya
tau benda ni sebab saya pernah bekerja di PETRONAS selama 5
tahun.
Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.
Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.
Dan saya ada ramai kawan dan family members yang masih di PETRONAS.
Mereka masih bekerja keras; keluar awal pagi dan balik lewat malam untuk memastikan PETRONAS boleh bagi duit pada negara.
Adalah tidak adil dan
tidak wajar untuk mengutuk dan memerli mereka seolah cabaran yang kita sedang
lalui adalah salah mereka.
Sebaliknya sepatutnya kita
BERSYUKUR mereka masih bekerja keras untuk negara.
Dan kita patut DOAKAN
supaya masa depan mereka kekal cerah dan dipermudahkan oleh Allah.
Hari ini mereka sedang
diuji.
Esok lusa, mungkin kita pula.
Esok lusa, mungkin kita pula.
Sekian bebelan di hari
Jumaat.
Firdaus Azizi
Bekas Pekerja Oil & Gas
Firdaus Azizi
Bekas Pekerja Oil & Gas
#PrayForPETRONAS
#PETRONASTakBersalah
#PETRONASTakBersalah
Nota Kaki :
Kepada yang claim PETRONAS
‘curi’ hak orang Sabah dan Sarawak atau royalti…
Tolong faham bahawa
PETRONAS takde kuasa nak tentukan berapa royalti yang dibayar pada setiap
negeri.
Itu semua kuasa pemimpin
yang dipilih oleh rakyat.
Hence…
Kalau nak ubah pembahagian
royalti, kenalah ubah pemimpin atau kerajaan.
PETRONAS as a company
takda kuasa.
Staff PETRONAS apatah lagi…
Staff PETRONAS apatah lagi…
Ramai jer orang Sabah
& Sarawak dapat kerja di PETRONAS dan company Oil & Gas
lain.
0 Response to ""APA SALAH PEKERJA PETRONAS KENAPA ANDA SEMUA SELALU KUTUK MEREKA?""
Post a Comment