ASYIK DILAGA DENGAN ZAHIRAH MACWILSON, AYDA JEBAT MAHU TUTUP CERITA LAMA


KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pelakon Ayda Jebat menggesa Zainol MacWilson berhenti mengaitkan beliau dengan percintaan anak perempuannya Zahirah bersama Zul Ariffin jika mahu terus dihormati.
Ayda, 23, berkata Zainol seharusnya faham hubungan beliau bersama Zul tidak lebih sekadar di lokasi, maka hubungan percintaan Zahirah tidak menjadi ancaman kepada dirinya.
“Bagi saya tak perlu sebut kerana kami kerja bersama sudah beberapa projek,” kata Ayda, merujuk kepada Zul dan dirinya.
“Bagi saya hormat saya, jika mahu saya hormati kamu. Kalau anak kamu dengan Zul [bercinta] sudahlah, bagus tu.
“Jangan petik sana sini, tak bagus bagi saya,” keluhnya ketika ditemui ProjekMMO pada Jumaat.
Zainol, 56, sebelum ini dilaporkan meragui hubungan Zul bersama anaknya kerana pelakon drama “Maid” itu pernah digosipkan bersama Ayda.
Pelakon era 1990-an itu berkata terpaksa kembali ke Malaysia selepas mengetahui Zul kini mempunyai hubungan bersama Zahirah.
Bekas pembaca berita itu kini dilaporkan berada di Jitra, Kedah menumpang rumah sebuah keluarga angkat bagi mendekatkan diri dengan ajaran agama.    
Sementara itu, Ayda berkata akan membintangi sebuah filem cinta pada tahun ini arahan Osman Ali namun masih mencari pelakon lelaki gandingannya.
Ayda berkata akan membintangi sebuah filem cinta pada tahun ini arahan Osman Ali namun masih mencari pelakon lelaki gandingannya. — Foto oleh Choo Choy MayAyda berkata akan membintangi sebuah filem cinta pada tahun ini arahan Osman Ali namun masih mencari pelakon lelaki gandingannya. — Foto oleh Choo Choy MayDitanya adakah Zul akan menjadi pilihan untuk bergandingan dengannya lagi, pelakon drama “Rindu Awak 200%” ini tersipu malu.  
“Tak tahulah. Kena tanya Osman. Dia bagi kuasa [pilih hero]. Semua nak Zul kan? [Tetapi] tak pasti. Ok ke?
“Boleh saja kerja dengan Zul, tapi tengoklah abang Osman pilih siapa.
“Masih dalam proses pilih tarikh, bukan dari novel. Cerita cinta yang sangat menarik, tak sabar nak lakonkannya,” katanya.
Bakal tampil dengan single kedua hujung bulan ini, pelakon kelahiran Merlimau, Melaka ini berkata masih belum bersedia untuk menghasilkan satu album penuh.
Katanya, meskipun mempunyai peminat yang ramai tetapi sebuah album itu perlu mempunyai bahan yang menarik.
“Tak ada perancangan lagi. Saya baru saja mula menyanyi. Tak ada kekuatan. Album tak berani lagi.
“Kalau buat album nak dengar dekat kereta saja ke atau di mana sebab dalam bentuk cakera padat. Mereka [peminat] lebih suka dengar di telefon bimbit.

“Peminat ramai tetapi nak kumpulkan satu material yang terbaik, itu yang susah, ambil masa,” katanya.

Related Posts :

0 Response to "ASYIK DILAGA DENGAN ZAHIRAH MACWILSON, AYDA JEBAT MAHU TUTUP CERITA LAMA"

Post a Comment