Timbalan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) dapat menurunkan harga barang sekiranya semua peniaga
beretika.
Bagimanapun jelasnya,
rakyat perlu memainkan peranan supaya melaporkan sebarang proses jual beli
mencurigakan bagi membanteras peniaga tidak bertanggungjawab itu lapor Astro
Awani.
“Saya pernah menyebut GST
boleh menurunkan harga barang dengan syarat peniaga hendaklah beretika itu
syaratnya. Peniaga hendaklah mengikut apa yang telah digariskan iaitu buang yang
dulu 10 peratus (SST) dan baru masuk GST 6 peratus, tapi kalau peniaga tidak
buat begitu dan mereka tak beretika maka harga barang tidak boleh
diturunkan.
Namun akhirnya apa yang
akan berlaku sebagaimana yang berlaku di negara lain yang melaksanakan GST,
pengguna akan mengurangkan kadar pembelian barangan yang mereka tidak perlukan,
apabila pengguna melakukan perkara demikian maka peniaga akan mengalami
kemerosotan jualan”, katanya di sini.
Beliau ditemui selepas
meninjau persiapan program rantaian kasih anjuran Pertubuhan Sahabat Alam Maya
(SAM) di Masjid Jamek Kampung Baru, ibu negara hari ini.
Selain itu, Ahmad Maslan
berharap penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) perlu diperhebatkan bagi mengatasi masalah peniaga
terbabit.
Turut hadir termasuk
Pengerusi Pertubuhan Sahabat Alam Maya (SAM) Rushdi Abdul Majid dan Pengarah
Urusan Pengkalan Munif Mansor.
Program julung kali yang
diadakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi bantuan makanan dan
minuman kepada 300 gelandangan di sekitar ibu kota.
0 Response to ""GST DAPAT TURUNKAN HARGA BARANG JIKA PENIAGA BERETIKA" - AHMAD MASLAN"
Post a Comment