BERHENTI KERJA GARA-GARA DISANTAU RAKAN SEKERJA


Kesiannya, kerana tidak tahan dengan rakan sekerja yang dengki dengan dirinya, mangsa sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja.. Mangsa dikatakan sakit teruk akibat disantau oleh rakan sekerja, sampai muntah keluar rambut dengan paku... Eeii, takut Miss baca...

Tapi betul ke dia kena santau?? Atau ada sebab lain dia nak berhenti kerja?? Kalau perkara itu sahih tak apa lah, kalau tak.. Itu dah dikira sebagai fitnah tau.. Mana la nak tahu kan, kot-kot itu semua alasan je untuk dia berhenti kerja..

Walau macam mana pun, kes santau ke atas rakan sekerja sendiri ini memang ada dan pernah berlaku di luar sana.. Tak dinafikan, dah ramai yang jadi mangsa.. 

Orang yang batak ‘main’ bomoh-bomoh ini sebenarnya pemikiran mereka cetek! Bila nak kan sesuatu tak nak berusaha dengan keupayaan diri sendiri, tapi bergantung dengan benda tahyul dan khurafat..

Sanggup habiskan duit beribu-ribu bagi kepada bomoh, kononnya minta bomoh itu tunaikan hasrat diorang dengan cepat! Kalau macam ini punya perangai, macam manalah hidup itu nak dapat berkat dan maju kalau terlibat dengan benda-benda yang mencabar kekuasaan Allah??

Dari zaman dulu sehingga sekarang, masih ada orang yang percayakan benda khurafat ini.. Yela, nak suami atau isteri orang pun guna sihir, nak naik pangkat pun guna sihir, cemburu dengan kawan pun sihir dan banyak lagi lah..

Itu lah orang yang tak ada kemajuan dalam hidup.. Asyik dok berkawan dengan setan dan iblis, sampaikan perangai pun dah serupa setan dan iblis!! Orang yang terkena sihir ni, dorang menderita hampir separuh mati disebabkan orang yang tak bertanggungjawab tu.. Mereka yang suka sihir orang ni, memang spesies tak takut azab Tuhan..

Ingat, orang yang melanggar hukum dan mencabar kekuasaan Tuhan, akan mendapat balasan yang setimpal di atas perbuatan yang mereka lakukan.. Lebih baik korang jauhkan dari sebarang perbuatan yang boleh mendapat kemurkaan Tuhan.. Kalau inginkan sesuati, berusaha.. Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah..Bukan main sihir jerrr... 

0 Response to "BERHENTI KERJA GARA-GARA DISANTAU RAKAN SEKERJA"

Post a Comment