![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbuGo6dHQ6b-HAKFH0RZ-nxQgQabiTshWR80cwQlIlY5arpedbbxPKlJF16DLZUk_0tcpido2VRSBT2-0PJ8kFzlwsiHXaivWOQT1Gb5dqEqjd8-sPuVswF0GAXveKzth5ytoXFFCrSqA/s640/CN5bTvIUYAEE2CD-620x420.jpg)
MISAI melentik memang
sudah sinonim dengan pelakon veteran, A.Galak. Imej tersebut membuatkan beliau
tampak garang dan bengis.
Namun hakikatnya, pelakon
berusia 72 tahun ini seorang yang pemalu tetapi mudah mesra.
Malah, watak yang
dibawanya sebagai Sarjan Mejar Hashim dalam drama bersiri Gerak Khas terbitan
Skop Production selama 13 tahun ini membuatkan ramai yang beranggapan, A.Galak
sebagai polis sebenar di dunia realiti.
Aura polis yang
dipegangnya selama itu masih terserlah meskipun sudah dimamah usia.
Darah Seni
Dalam pertemuan dengan
Sinar Harian Online baru-baru ini, A.Galak sempat berkongsi perjalanan kisah
hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
A.Galak atau nama
sebenarnya Zakaria Ahmad mula menapak dalam dunia seni pada usia 20 tahun di
mana beliau mengikut ibu dan ayahnya bekerja di Studio Jalan Ampas.
Ibunya, Rokiah Jaafar
merupakan seorang pelakon seangkatan dengan Siput Sarawak dan Latifah Omar
manakala ayahnya, Jaafar Abdullah pula merupakan orang kuat bagi produksi
filem.
Beliau berpeluang bekerja
dengan nama-nama besar seperti Tan Sri P.Ramlee, Aziz Jaafar, Ahmad Mahmud,
Rosnani Jamil, S.Samsudin dan ramai lagi.
A.Galak bekerja di
belakang tabir sebagai pembantu jurusolek dan pelakon pembantu bagi beberapa
filem.
“Saya membesar di Jalan
Ampas. Ketika itu, ibu saya seorang bintang filem. Antaranya, filem Putus
Harapan, Sejoli dan Yatim Piatu.
“Saya pernah menjadi
pelakon pembantu untuk filem Ali Baba Bujang Lapok. Saya menjadi salah seorang
penyamunnya,” katanya.
Studio Jalan Ampas tutup, bawa diri ke Malaysia
Setelah Studio Jalan Ampas
ditutup sekitar tahun 1960-an, A.Galak mengorak langkah ke Kuala Lumpur untuk
mencari kerja.
Takdir membawanya bertemu
Datuk Aziz Satar dan Datuk Yusof Haslam yang membuka peluang untuk A.Galak
menapak dalam industri seni tanah air.
“Rezeki yang membawa saya
ke sini dan Aziz Satar serta Yusof Haslam memberi jalan untuk saya mengorak
langkah dalam industri ini.
“Walaupun hanya bermula
sebagai pelakon tambahan dan kemudian pelakon pembantu, saya tetap bersyukur,”
katanya
A.Galak melahirkan
penghargaan tidak terhingga kepada Yusof Haslam dan isteri atas peluang yang
diberikan kepadanya selama ini.
Diikat 13 tahun
Diikat 13 tahun
Tidak semua pelakon mampu
bertahan di bawah satu syarikat produksi selama 13 tahun lamanya. Namun, pemilik
Skop Production ini telah mengikat A.Galak selama 13 tahun bagi drama bersiri
arahannya, Gerak Khas.
“Saya ada kontrak dengan
Datuk Yusof untuk drama Gerak Khas selama 13 tahun. 13 tahun bukan 13
episod.
“Dalam tempoh itu, kami
menjadi kawan. Beliau seorang pengarah yang hebat,” katanya yang pernah diberi
kepercayaan mengarah drama Debu-Debu Kota Raya dan Remang-Remang Kota
Raya.
Disuruh bela misai
Tuntutan watak dalam
Roda-Roda Kota Raya menyebabkan A.Galak diminta menyimpan misai
melentik.
Ketika itu, Yusof Haslam
mahu A.Galak mengikut imej sebenar seorang anggota polis trafik Jalan Bandar
yang mempunyai misai melentik bernama Sarjan Senin.
“Sarjan Senin itu watak
hidup, jadi, Datuk mahu saya menyimpan misai seperti polis trafik
itu.
“Saya turutkan saja ketika
itu, lama-lama saya dah terbiasa dengan imej bermisai seperti ini,” katanya yang
mengakui misai itu menjadi sumber rezeki baginya.
Disangka polis sebenar
Disangka polis sebenar
Ketika ditanya peristiwa
menarik yang berlaku ekoran imejnya itu, A.Galak akui tidak menyangka dirinya
dianggap polis sebenar di dunia realiti.
“Apabila saya berada di
luar Kuala Lumpur, orang jumpa saya, mereka tabik saya. Mereka ingat saya
polis.
“Kalau dalam sekatan jalan
raya, ada juga polis yang angkat tabik hormat pada saya. Apabila kita berlakon
jadi polis, orang ingat kita,” katanya.
Bekerja isi masa lapang
Jika sebelum ini, A.Galak
menyara keluarga dengan hasil titik peluhnya berlakon, kini, beliau tidak perlu
bekerja keras seperti dulu lagi ekoran kelima-lima anaknya sudah
dewasa.
“Sekarang bukan kerja
macam dulu. kerja untuk diri sendiri sahaja sebab anak-anak dah besar. Kerja
untuk keperluan sendiri dan untuk cucu-cucu.
“Tawaran pun dah kurang
sekarang, jadi, saya banyak habiskan masa di kampung,” katanya yang mempunyai
tiga belas cucu.
0 Response to "MISTERI DI SEBALIK MISAI A.GALAK"
Post a Comment