![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjod2FrIomB77Nh1idNdtkRHTvx7dpo7YiyTCR2_HoznOJmzkPWVu-NDHlZCQotWk3fUFno16uDg4S5EuHMw21ceWsjGQ4saShRcYZCTouXye732nVdO10NOzT7ry5dUjE4NMiYZ7h6N1U/s640/zizan_620_465_100.jpg)
Zizan
Razak berazam untuk menemui pasangan hidup tahun ini selepas sering kecewa. —
Foto ehsan Instagram/Zizan Razak
KUALA LUMPUR, 14 Jan —
Pelakon dan pelawak Zizan Razak mempunyai azam baru sempena tahun 2016, tidak
lagi mahu terlibat dengan kontroversi dan mahu menemui pasangan
hidup.
Zizan, 32, berkata
kontroversi yang melanda dirinya beberapa tahun kebelakangan ini akan dijadikan
pengajaran dari sudut positif buatnya untuk maju menjadi insan lebih
baik.
“Proses pembelajaran itu
mengajar saya bagaimana untuk bertindak sekiranya terhimpit lagi dengan
kontroversi yang tidak diingini pada masa depan.
“Bukan berdoa yang tidak
baik, tetapi jika berulang lagi saya sudah ada langkah persediaan.
“Apa sekalipun, saya
sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk tahun ini dan berdoa supaya semua yang
dilakukan akan lebih berjaya,” katanya dipetik laporan Utusan
Malaysia.
Mengulas tentang cinta,
pelakon “KL Gangster” itu juga mengakui sudah lama bersedia mendirikan rumah
tangga, dan amat berharap dapat bertemu jodoh.
“Banyak kali kecewa, saya
sendiri tidak tahu bilakah jodoh akan sampai.
“Saya berusaha tetapi yang
menentukan siapakah jodoh kita, itu kena tunggu lagilah,” katanya.
Gagal bercinta dengan
beberapa aktres wanita termasuk Juliana Evans dan Emma Maembong, pelakon “Bikers
Kental” itu mengakui masih belum menemui calon pilihan.
“Setakat ini memang belum
ada lagi wanita yang betul-betul rapat, biarlah saya beri tumpuan kepada hal
lain dulu.
“Bab kahwin memang saya
tidak fikir langsung sekarang. Kalau kahwin tak fikir, apatah lagi bab nak
menyorokkan perkahwinan saya,” katanya.
0 Response to "CINTA SERING KECUNDANG, ZIZAN AZAM BEBAS KONTROVERSI, MAHU KAHWIN"
Post a Comment