![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-WRhieRYnt7Fws5BVS-bpBLtkH8qbmKXxaCm-oAAi5CtB3PWvFK9gnEIUBaCz197qyVGXGIT6fWYLvhDHkgFb0SKz0p_9AzNDWwR-Gz_q9Qi-3ZIPDkuvjjy_HtekJWoJeGFEVEZQqIo/s640/PicsArt_01-15-03.31.38.jpg)
Seorang wanita dan
majikannya cedera apabila kereta mewah Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas
di KM234.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, petang tadi.
![fdfsdf.jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfWm3OR-cTMHe0XAavZGjsiFlyh-fq4n-eM3HLya_oZqGzNNPsiwmoX6rD92MEDAC6Dl2GKl4_aOTHz4oORImjhH4eH44lwFYun_XwG2lUZy10wayfQisBzCi3qVxdsWmo2_WW8CJFGi_T/s640/fdfsdf.jpg)
Ketua Trafik Pahang,
Superintendan Mohd Nor Yusof Ali, berkata kemalangan berlaku kira-kira 2.45
petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke
Kuantan.
Beliau berkata kereta
berkenaan dipandu jururunding wanita, Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki
majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan
50-an.
“Sebaik tiba di tempat
kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak
binatang yang melintas jalan.
“Ia menyebabkan kenderaan
itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan
tengah jalan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Berikutan kejadian itu,
mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan
rawatan di sebuah klinik di sini.
Mohd Nor berkata kenderaan
mewah berwarna keemasan itu, yang dianggar bernilai lebih RM1 juta, turut
mengalami kerosakan teruk.
Mereka hanya membuat
laporan polis berhubung kemalangan itu di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi,
katanya.
0 Response to "STATUS NOFARAHLIYA DAN KERETA MEWAH LAMBORGHINI, MESTI RAMAI TERKEJUT"
Post a Comment