AKTRES dan hos televisyen,
Daphne Iking mendedahkan bahawa dia pernah melakukan tiga pekerjaan ketika masih
menuntut di peringkat universiti bagi menampung yuran
pengajiannya.
Selebriti cantik kelahiran
Sabah ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Komunikasi dari
Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Dalam twit menerusi laman
sosial Twitternya, Daphne mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penari kelab,
tutor separuh masa dan juga promoter jualan rokok.
Ia dilakukan semata-mata
bagi menampung bayaran yuran pengajian, makanan dan keperluan seharian semasa
masih lagi bergelar pelajar universiti awam.
Walaupun dia terpaksa
melakukan pekerjaan sampingan ketika masih bergelar penuntut universiti, namun
perkara itu tidak sesekali dikesali ibu kepada anak dua tersebut.
Ini kerana menurutnya
daripada situlah dia mempunyai memori dan pengalaman hidup yang banyak
mengajarnya selain dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat.
Respons itu adalah sebagai
menjawab persoalan mengenai isu semasa yang hangat dibincangkan selepas akhbar
tempatan sebelum ini mendedahkan ada seorang pelajar IPT sanggup galas perut
sehingga ususnya terkoyak.
Isu ini mendapat perhatian
ramai netizen sehinggakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut
mengeluarkan kenyataan bahawa siswa-siswi yang tiada wang tidak seharusnya
berdiam diri.
Sebaliknya mereka perlu
mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk daripada universiti itu
sendiri. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Daphne Iking Bersuara Isu Mahasiswa Koyak Usus Kerana Ikat Perut"
Post a Comment