![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixEb2ybe55CPDS3FGDzKEmNktfzDUOqtT-NzcvMEZJkDHG_nJJGYwos2mD5shlxF9kzaIn7XaAnNLeFtuEDnZpVFP2Dmofe9HBLqMVn1NBk24brunKAM8T6KFwF348gM1kV2RrX101fUJP/s1600/1.jpg)
IBARAT sudah jatuh ditimpa
tangga… Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu Salina
ini.
Hanya gara-gara dirinya
berbangsa Melayu, dia diperlakukan seperti peminta sedekah di sebuah Sekolah
Kebangsaan Jenis Cina di Mersing, Johor.
Malah, aduannya
mengenai seorang pelajar yang biadap memakinya tanpa sebab ketika sesi
pembelajaran langsung tidak diendahkan oleh pihak sekolah.
Lebih mendukacitakan, dia
turut dimalukan di bilik guru apabila diserang oleh bapa pelajar berkenaan yang
bertindak membaling buku dan alatan belajar miliknya.
Menurut Cikgu Salina, dia
berasa sangat sedih dan tidak puas hati berikutan pihak sekolah itu tidak
mempertahankan dirinya selaku pendidik, lantas membuat laporan polis kerana
bimbang akan keselamatannya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh-BDgRrp8N200ty_i9wdNPRP0uHUZCFvV8jwjQydcXnVl05ouqD1YfTdK_1Io0M5wgf6l3WZU8xKufjBG-QgOsgnAatWgXNapH3F_0gDv2z6NErbLb1zauWaJWjcdkPoCMW1_vsYp4N3N/s1600/2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkUfTbmUs6ffJhZEBoqACB0XDcTyt9WrStD2gqd-Twy_f-_RsZDa1TsbiFTHdHuxAkeca5BaKBlYp01kfdO2jE_Qx-hdSwwRBABF_svb95s1vD3I7b-15M90dT06xlZJODCPvOnoEvl6JR/s1600/3.jpg)
Apa yang mengejutkan kami,
Cikgu Salina turut mendedahkan sebelum ini dia dan dua lagi guru Melayu pernah
telah dihalau oleh guru besar sekolah berkenaan sendiri.
Ini berikutan, guru besar
itu mendakwa masyarakat Cina sekolah tersebut tidak mahu guru Melayu bertugas di
sana kerana konon kaum Melayu tidak pandai mengajar.
Alahai, jika benar apa yang
didakwa oleh Cikgu Salina ini, diharap pihak Kementerian Pendidikan dapat
menyiasat kes berbaur rasis ini hingga ke peringkat akar umbi.
Sebagai masyarakat yang
berbilang kaum, isu sebegini sepatutnya tidak patut timbul kerana kita perlulah
menghormati setiap kaum di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "PANAS - Guru Melayu Dihina Dimaki Pelajar Tanpa Sebab"
Post a Comment