“Saya terikat dengan
kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan
saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam
kontrak”
“Apabila berlakon drama
saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di
laman sosial sendiri. Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama
di Instagram”
“Mahu atau tidak saya
perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka
masa tertentu. Saya tidak peduli apa orang nak cakap sebab setakat ini masih
ramai lagi yang memahami.
“Saya yang berhijab dan
saya yang lalui pelbagai dugaan itu, jadi saya tidak kisah apa orang mahu
katakan. Orang lain susah untuk faham apa yang dilalui oleh orang lain. Yang
penting niat saya Allah tahu,” jelasnya kepada portal Mangga Online.
Selain itu, pelakon ini
juga menjelaskan dia berhijab adalah untuk dirinya sendiri dan juga Allah selain
menerima setiap doa dan nasihat yang diberikan kepadanya dengan
baik.
0 Response to "DEMI KONTRAK DRAMA, EL FAEZA SANGUP BUKA TUDUNG"
Post a Comment