“Konsert itu tidak gagal
kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal
daripada segi kewangan. Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang
ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan
hutang itu.
“Bayangkan, kesihatan saya
juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini, Wincci nekad
meneruskan konsertnya dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja
menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
meletak jawatan.
Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya
untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak
mendapat sambutan. Bagaimanapun, penyanyi ini tidak menyesal kerana perkara
tersebut membuatkan dia dikenali sehingga ke luar negara.
0 Response to "GARA-GARA KUTUK PM, SOO WINCCI HAMPIR MUFLIS"
Post a Comment