MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan (kanan) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mengadakan sidang media selepas membentangkan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ketika sidang khas Dewan Rakyat di Parlimen. - Foto Abdullah Yusof |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan seramai 127 Ahli Parlimen mengundi menyokong, manakala 87 tidak bersetuju.
Usul berkenaan dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.
Perjanjian yang dianggotai 12 negara akan ditandatangani di New Zealand pada 4 Februari ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri); Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga dari kanan) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan selepas Dewan Rakyat luluskan usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) hari ini menerusi undi belah bahagian dengan 127 menyokong dan 84 menentang. - Foto Khairull Azry Bidin |
0 Response to "Dewan Rakyat luluskan usul TPPA"
Post a Comment