KABUL– Misteri pemilik ‘jersi’ diperbuat
daripada beg plastik bertulis Lionel Messi, ak-hirnya terungkai apabila seorang
budak lelaki berusia lima tahun dari Afganistan akhirnya mengakui bahawa dialah
yang mencipta ‘jersi’ berkenaan.
Sebelum ini, wujud satu kempen mengesan
identiti kanak-kanak bermain bola memakai ‘jersi’ berjalur biru putih dengan
perkataan ‘Messi 10’ dalam laman sosial, selepas diviralkan dan dikongsi ramai
pihak sejak awal bulan ini.
Malah, bintang Barcelona, Messi turut terpesona
dengan gambar berkenaan dan berhasrat menemui kanak-kanak itu bagi menghadiahkan
sendiri jersi bola sepak sebenar kepadanya.
Di tengah-tengah kempen me-ngesan budak lelaki
berkenaan, muncul seorang kanak-kanak Kurdis berusia 10 tahun dikenali sebagai
Human Ali Ahmed mendakwa dialah kanak-kanak tersebut dan dia mengakui amat
meminati bintang kelab bola sepak Barcelona itu serta terlalu miskin untuk
membeli sehelai jersi.
Dakwaan Human yang berasal dari Qasara iaitu
sebuah perkampungan tidak jauh dari Dohuk, Iraq itu bagaimanapun tidak kukuh
selepas seorang lelaki Azim Ahmadi, bapa saudara kepada kanak-kanak pemilik
‘jersi’ sebenar berasal dari Afganistan tampil dengan bukti yang lebih
meyakinkan.
Azim yang kini menetap di Australia, telah
memuat naik gambar anak saudaranya, Murtaza Ahmadi yang dilihat memakai jersi
beg plastik itu, sekali gus membuktikan bahawa kanak-kanak yang dimaksudkan itu
ialah Murtaza.
Kenyataan itu disokong oleh abangnya, Arif yang
juga bapa kepada Murtaza.
Kata Arif, gambar asal anaknya yang menjadi
kecoh dalam Internet itu telah diambil oleh anak lelaki sulungnya iaitu Hamayon
yang kemudian dimuat naik dalam laman Facebook beliau.
“Anak kecil ini (Murtaza) sangat menggemari
Messi dan bola sepak. Bagaimanapun, agak sukar untuk kami menunaikan hasratnya
membeli sehelai jersi, memandangkan saya bekerja sebagai petani.
Jadi, dia memilih untuk menggunakan plastik
sahaja sebagai jersi.
“Murtaza dapat tahu mengenai perkara ini
daripada rakan-rakannya selepas melayari Internet. Anak saya itu sangat berharap
dapat bertemu dengan Messi dan menjadi pemain bola sepak sepertinya suatu masa
nanti,” katanya.
0 Response to "Biar Plastik Asalkan Messi"
Post a Comment