Diperkosa teman lelaki ibu, tindakan gadis ini luar jangkaan semua...

Destiny Nunez (kiri) dituduh membunuh Rosa Sanchez dan teman lelakinya Anderson (Andy) Nunez

SEORANG remaja perempuan berusia 15 tahun telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu dan teman lelakinya dengan mendakwa lelaki berkenaan telah merogolnya di Brooklyn.

Remaja berkenaan mengaku berbuat demikian kerana marah dengan ibunya yang tidak mempercayai bahawa dia dirogol lelaki berkenaan.

Dia kemudiannya menembak ibunya manakala seorang rakannya pula telah membunuh kekasih ibunya itu pada 27 Disember lalu sebelum mereka melarikan diri ke rumah sepupunya.

Menurut polis, remaja itu tinggal bersama sepupunya tanpa mendedahkan perbuatannya itu sehinggalah sepupunya berasa bimbang kerana langsung tidak mendapat khabar berita mengenai ibu gadis tersebut selama beberapa hari.

Selepas bersemuka dengan gadis itu, barulah dia mengaku membunuh ibu dan teman lelaki wanita itu.

Polis kemudiannya menyerbu rumah mereka dan menemui mayat mangsa.

Siasatan mendapati mangsa ditikam. 

 

0 Response to "Diperkosa teman lelaki ibu, tindakan gadis ini luar jangkaan semua..."

Post a Comment