Polis yang menghantar sebuah helikopter sebagai
respon terhadap satu panggilan 999 akhirnya mendapati ‘suara cemas’ yang didakwa
oleh pemanggil, sebenarnya bunyi kambing mengembek.
Menurut BBC, sebuah helikopter National Police
Air Service (NPAS) dihantar ke Avon Gorge di Bristol selepas seorang pejalan
kaki menghubungi talian kecemasan dan mendakwa terdengar bunyi ‘jeritan’.
Jurucakap NPAS, Ollie Dismore menyatakan tidak
mustahil jika bunyi kambing mengembek disangka sebagai jeritan manusia dalam
keadaan cemas.
Dismore turut menjelaskan, helikopter itu
dihantar untuk misi cari dan menyelamat kerana permukaan bumi kawasan tersebut
tidak membenarkan misi tersebut dikendalikan di darat.
Tinjauan helikopter NPAS mendapati beberapa
ekor kambing berada di kawasan tersebut, yang dipercayai dilepaskan pada tahun
2011 untuk memakan semak belukar sekaligus memelihara habitat bunga liar.
Penemuan 'mangsa' tersebut turut dikongsi oleh
NPAS melalui akaun Twitter mereka.
0 Response to "Disangka Jeritan Orang"
Post a Comment