GEREJA BENTUK KASUT WANITA, KHAS UNTUK MEMADU KASIH DI TAIWAN

Gereja di barat daya Taiwan ini didedikasi untuk pengantin wanita, sebagai ingatan pada seorang gadis yang kekal bujang di gereja selepas dua kakinya terpaksa dipotong. — Foto ehsan Twitter/Seriously Strange
LONDON, 17 Jan — Gereja berbentuk kasut bertumit tinggi untuk wanita, bukan untuk ibadat, tetapi sesi fotografi?

Ya, gereja di barat daya Taiwan ini didedikasi untuk pengantin wanita sempena peringatan khas pada kejadian malang pada 1960-an.
Seorang wanita tidak sempat menikmati hari kebahagiaannya apabila dijangkiti penyakit, menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Wang, begitu nama gadis 24 tahun ini, kekal bujang dan menghabiskan hidupnya di gereja, kata pegawai pihak berkuasa yang mengilhamkan idea ini, seperti dilaporkan portal BBC semalam.
Gereja ini diperbuat daripada 320 keping kaca biru, setinggi 16 meter, dengan kos US$686,000 (RM3 juta).





Seluas 10 meter ini, gereja ini yang dibina sejak Jun lalu di kawasan tarikan pelancong di wilayah Chaiyi akan 8 Februari ini, sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Dilengkapkan dengan pentas terbuka dan lampu limpah, ia boleh digunakan untuk sesi foto perkahwinan dan majlis persandingan.

Pan Tsuei-ping, seorang pengurus di taman rehlah itu, berkata gereja itu dibina untuk “suasana romantik.”
“Setiap gadis membayangkan bagaimana rasanya apabila menjadi pengantin,” katanya kepada BBC.
Terdapat 100 ciri-ciri reka bentuk kegemaran wanita di gereja itu, misalnya kerusi untuk pasangan bercinta, kek, biskut dan daun maple.


“Ia memang dikhususkan untuk wanita, khususnya pelancong yang melawat kawasan ini,” Zheng Rongfeng, seorang jurucakap kerajaan, memberitahu media tempatan.

0 Response to "GEREJA BENTUK KASUT WANITA, KHAS UNTUK MEMADU KASIH DI TAIWAN"

Post a Comment