Bukan di Malaysia.
Sikap terbuka di kalangan
sesetengah masyarakat untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka di media sosial
menjadi trend sejak kebelakangan ini.
Sekiranya 10 tahun yang
lalu, masyarakat akan berasa malu sekiranya gaya hidup sonsang mereka didedahkan
kepada umum.
Kehidupan golongan LGBT
(lesbian, gay, biseksual dan transeksual) ini dahulunya bagaikan sebuah
kehidupan yang penuh dengan rahsia dan misteri, namun, apabila sesetengah pihak
tampil memperjuangkan hak mereka untuk memilih gaya hidup yang mereka inginkan,
golongan LGTB ini kemudian tampil muncul satu per satu tanpa ada sebarang
perasaan malu.
Sekiranya di Malaysia,
pastinya anda mempunyai pengalaman terserempak dengan pasangan-pasangan lesbian
yang muncul di tempat-tempat awam. Namun, agak membosankan, kerana sudah menjadi
trend di Malaysia, pasangan lesbian ini pastinya terdiri daripada seorang wanita
dan seorang pengkid yang berfungsi sebagai teman lelaki kepada wanita
tersebut.
Namun, situasi yang
berbeza di Thailand, di mana pasangan lesbian yang paling popular di sana
terdiri daripada dua orang wanita yang cantik dan menawan.
Selain daripada mempunyai
paras rupa yang cantik dan bentuk badan yang seksi, pasangan lesbian ini dilihat
paling terkenal kerana mereka mempunyai ramai pengikut di laman Instagram
mereka.
Berdasarkan daripada
gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagram, mereka kelihatan seperti
pasangan yang sedang hangat bercinta.
Tidak dapat dipastikan
kenapa mereka memilih untuk bercinta dengan sesama jantina kerana dengan
berbekalkan pakej yang menarik, tidak mustahil untuk mereka memikat mana-mana
lelaki yang kaya di luar sana untuk dijadikan teman untuk
berbicara.
0 Response to "8 GAMBAR PASANGAN LESBIAN YANG PALING 'HANGAT' DI THAILAND"
Post a Comment