Jika ditanya kepada setiap
dari kita, tiada seorang pun yang mahukan perpisahan. Tambahan pula perpisahan
tersebut berlaku kerana kematian. Tiada apa yang tinggal melainkan
kenangan.
Seperti insan yang lain,
wanita ini tidak menyangka hanya sekejap sahaja masa untuk dirinya bersama suami
tercinta. Kematian memisahkan mereka namun kisah yang dikongsi oleh dirinya ini
cukup menyentuh jiwa.
Kisah bagaimana perkara
kecil yang mungkin ketika hayatnya tidak terlalu penting namun sangat bermakna
apabila dirinya sudah tiada. Mata masuk habuk!
Katil kami akan bau minyak
rambut dia
Suami saya pakai gel
rambut khas setiap hari. Saya masih ingat bila gel rambut dia habis, saya berada
di kedai Boots atau Superdrug dan bertanya kepada dia yang mana satu saya patut
beli? Dia selalu jawab tak payah sayang, saya guna gel rambut khas, kena beli
online.
Dia akan pakai gel rambut
tersebut setiap kali keluar dan selalu tertidur tanpa membasuh rambut terlebih
dahulu. Katil kami akan berbau gel tersebut. Itu lah bauan yang saya akan hidu
setiap hari, sepanjang hari. Bauan yang saya hidu apabila peluk dia sehingga
tidur. Bauan tersebut melekat di atas katil kami, bercampur dengan bau
semulajadi badan dia.
Nampak kesan
jari
Sejak 9 bulan selepas
kematian dia, saya tidak lagi tidur di katil tersebut dan bauan itu mulai
hilang. Bauan yang saya selalu rindukan selepas kepergian dirinya. Hari ini saya
terpandang almari di tandas dan teringat gelnya. Saya tak sabar untuk buka &
hidu bauan tersebut..bauan orang yang saya cintai, bauan yang memberi harapan
untuk saya selama ini, bauan seseorang yang merupakan segala-galanya buat
saya.
Saya buka bekas gel rambut
tersebut dan nampak kesan jari suami saya, kesan jari pada pagi 28 Mac yang
lalu. Susah untuk gambarkan perasaan saya ketika itu, gel rambut tersebut kali
terakhir disentuh oleh tangan suami saya. Tangan yang saya sanggup serah apa
saja untuk capai dan genggamnya sekali lagi. Tangan yang saya takkan lepaskan
jika ianya masih di sini.
Tiada perkataan yang mampu
menggambarkan betapa saya rindu saat dia memegang saya dengan tangan tersebut.
Tengok kesan jari tersebut buat saya rasa dirinya dekat, walaupun telah 10 bulan
pergi tapi hari ini, gel tersebut ditinggalkan seperti kali terakhir dia
gunakan. Seperti semuanya kembali seperti sedia kala ketika kami masih bersama.
Namun saya sedar, realiti yang perlu saya lalui sekarang.
Sangat bermakna bila sudah
tiada
Bagaikan tak percaya,
seluruh post saya ini tentang gel itukadang-kadang benda remeh dan kecil seperti
gel rambut ini sangat bermakna bila seseorang yang kita sayang telah tiada.
Realitinya perkara remeh inilah sangat kita rindu dan ingat.
Suami saya ada motor
mewah, kereta mewah, baju berjenama..perkara yang penting dalam hidup kami
sepanjang beberapa tahun yang lalu..namun hanya gel tersebut, dan pakaian yang
ditinggalkan bermakna buat saya kini.
Semua barang mewah yang
dimilikinya dulu tidak memberi apa-apa makna. Ini mengingatkan saya tiada apa
yang kekal selamanya, semuanya milik Allah. Apabia kita meninggal dunia, hanya
amalan yang bakal dibawa ke hari pembalasan nanti. Hanya itu yang akan
menyelamatkan kita nanti.
Suami wanita ini maut
dalam kemalangan. Ketika kepergiaan suaminya itu, wanita ini sedang
mengandungkan bayi sulung mereka. Huh, sedih.
0 Response to "KISAH SAYU APABILA SEORANG ISTERI TEMUI GEL RAMBUT SUAMINYA YANG SUDAH 10 BULAN PERGI"
Post a Comment