"HABIH LAGI JAHANAM KERETA AKU DEPA GERUDI" - PEMILIK PROTON IRIZ


Tulisan ini dikongsikan oleh En Faizul Zulkifli yang dimuatnaik melalui laman Facebooknya menceritakan masalah kereta Iriz yang baru dibelinya. Baca lagi:
Seronoknya masa dapat kereta baru.
Tiga hari lepas genaplah 6 bulan kereta yang hebat ini aku miliki.
Setelah diambil dari Proton Mutiara Damansara, tak sampai 6 jam kereta dah rosak dan terpaksa ditarik ke Centre of Excellence Proton.
Bermulalah episod Irizku keluar masuk Centre of Excellence.
"Aku sorang saja ada masalah gear sangkut ya? Nah, aku cilok dari Iriz owner forum. 35 kali percubaan untuk lock and unlock gear yang tersangkut tu 'exaggerate'?
Isteri kata memang exaggerate, actually 34 kali!
'Teknikal specialist' yang ajar on off button sampai berjaya tu pun dah tak angkat talipon lagi dah, pegawai khidmat pelanggan yang berjanji akan sediakan sebuah lagi kereta 'relief' minggu lepas sudah tak mengotakan janjinya.
Berurusan dengan dia macam deal dengan Dana Scully X File, setahu aku sampai ke season 2 dia tak percaya kat Fox Mulder tentang kewujudan Alien, samalah dengan pegawai ni, gear aku tak sangkut, second gear mana ada susah nak engage, radio, reverse sensor mana ada rosak, boot belakang mana ada water leakage, senang cakap, customer yang bermasalah!
Bp dah naik 180, cuti emergency dah sambung dari tahun lepas hingga ke tahun ini.
Bau stokin busuk dah keluar dari aircond vent, staf yang cakap kat aku, "hang nak bawak kereta ni kena buat macam jaga baby" tu kemudiannya sambung balik, "nak bawak kereta ni hang kena kasaq sikit jangan hati-hati sangat" - Mana entah Proton cari orang macam ni. Habih lagi jahanam kereta aku depa gerudi.
La ni steering position kalu cheq nak bawak dah herot!"
Status terakhir, minggu lepas aku mendapat panggilan dari pegawai khidmat pelanggan (yang keempat ditugaskan untuk kes aku hingga kini) memulakan perbualan dengan bertanyakan keadaan kereta aku.
Sungguh prihatin nada beliau, sehinggakan apabila diberitahu paparan alarm sudah terpampang ketika memainkan lagu melalui cd beliau kedengaran terkejut. Hebat! 20 minit kita bercakap.
Tiba-tiba beliau bertanya, "En Faizul tahu tak artikel En Faizul sudah masuk ke pihak media - Motorme.my?"
"Apa yang En Faizul harap dapat dengan masukkan kes ini dalam media?"
Ah! Sudah! Habislah aku. Aku lupa, ini Malaysia, pelanggan jangan nak pandai-pandai 'highlight' benda 'kecil' kepada pihak media. Kalau rosak repair sajalah!
Dia tak tahu apa yang aku terpaksa harungi lebih 10 tahun lepas ketika memiliki Savvy, bermacam-macam karenah pekerja dan vendor terpaksa aku harungi.
Aku ni pun 'ikan kecil' saja, apakan pula sepupu ipar aku, seorang doktor yang disegani - ditengking oleh pekerja Proton.
Yang terbaik, bila dibuat laporan, jawapan yang diberikan adalah jawapan klasik Proton yang sudah kita semua tahu - "Dia memang macam tu perangai dia."
Sayang betul dengan nasib Proton ini, model baru menunjukkan peningkatan, tapi khidmat selepas jualan masih di takuk lama.
...............
Screen Shot 2016-01-18 at 9.10.05 PMScreen Shot 2016-01-18 at 9.11.25 PM

FotorCreated

0 Response to ""HABIH LAGI JAHANAM KERETA AKU DEPA GERUDI" - PEMILIK PROTON IRIZ"

Post a Comment