
Islam itu mudah, tetapi
bukannya kita memudahkan Islam itu, apa yang diperintah dan disyariatkan kita
hanya perlu lakukan, bahkan, apabila kita kerjakan apa yang diperintahkanNya,
hati ini rasa sungguh damai, tenang seperti bebas daripada masalah.
Bagi mereka yang telah
terlanjur atau melakukan dosa, ketahuilah bahawa pintu taubat itu sentiasa
terbuka, selagi hidup, kita masih belum terlambat untuk berubah, tetapi kena
ketahui, kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi berubahlah dengan
segera.
Admin terbaca satu
perkongsian yang amat menarik yang dikongsikan oleh seorang penulis buku di
laman Facebooknya bernama Abang Long, di mana dia menceritakan pengalamannya di
hospital semasa menemani anaknya yang berada di hospital.
Jom kita baca cerita yang
cukup baik untuk dicontohi.
Sujud seorang Mak Nyah.
.
.
Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.
.
.
Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.
Saya pandang sekali lagi.
Dia masih pandang ke arah saya.
Kali ini, barulah saya
nampak. Rupanya dia menggamit tangan ke arah saya.
Perlahan saya menuju ke katilnya.
Perlahan saya menuju ke katilnya.
"Bang, maaf ya, saya nak
minta tolong sikit boleh?" suaranya memang persis seorang gadis.
Saya hanya mengangguk.
Saya hanya mengangguk.
Rupa-rupanya, beliau
hendak menukar pakaian. Dan merasa agak terganggu dengan jelingan pesakit dan
orang ramai.
Beliau ialah seorang Mak
Nyah.
Bagi saya. Mak Nyah juga
adalah manusia yang ada maruah. Siapa kita untuk memandang hina kejadian mereka
?
Kain langsir ditarik bagi
menutupi kawasan sekeliling katil.
Tidak sampai beberapa
minit. Pesakit itu memanggil saya kembali.
Kali ini kelihatan dia
telah menukar baju dan memakai kain yang disediakan oleh pihak
hospital.
"Bang, maaf sekali lagi.
Boleh tak abang temankan saya ke bilik air?"
"Boleh." dengan bersahaja
saya menjawab ringkas.
"Saya takut kalau abang
rasa malu dengan saya ..." pesakit itu seperti malu-malu meneruskan
niatnya.
"Jangan fikir tentang itu,
jom pergi sekarang ... kalau awak terkencing terberak disini ... awak lagi
malu."
Tiba-tiba dia ketawa tanpa
dapat ditahan.
Orang ramai memerhati
telatah kami.
Bila saya pegang
tangannya. Terasa benar dia sedang demam. Tubuhnya agak panas.
Timbul rasa kasihan.
Timbul rasa kasihan.
Usai menguruskan hajatnya.
Dia keluar dari bilik air dengan wajah yang agak lega.
Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.
Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.
Tiba-tiba, dia pegang
tangan saya dengan erat dan terus diciumnya. "Terima kasih ya bang ..." air
matanya mengalir.
Saya hanya menepuk
bahunya.
"Tak ada siapa yang nak
datang tengok saya ... keluarga saya dah buang saya ..." luahnya dalam
sendu.
Saya tergamam tetapi mampu
menahan diri dari menunjukkan sebarang reaksi.
"Tetapi, saudara kena
ingat satu perkara ... Allah tidak pernah buang hamba NYA. Ini pasti. Sakit juga
adalah tanda kasih NYA. Kalau saudara nak solat, saya boleh bantu."
Pesakit itu memandang
wajah saya dengan seribu pengharapan.
Jam 5 petang. Dia
menggamit ke arah anak saya.
"Abah, orang tu panggil
..."
Saya terus ke katilnya
semula.
"Bang, saya nak
sembahyang, tapi drip air ni ...?"
Saya hanya
tersenyum.
"Islam tu mudah
..."
Dan saya uruskan hajatnya
untuk sujud kepada Allah.
0 Response to ""TIADA SIAPA YANG DATANG NAK TENGOK SAYA" - KISAH SAYU MAK NYAH, PESAKIT DI SEBUAH HOSPITAL"
Post a Comment