Seorang wanita mencuri
ratusan gamat kering disimpan di dalam balang kaca dijual di sebuah kedai ubat
tradisional di Jalan Ibrahim di sini, jam 12.15 tengah hari semalam, dengan
mengepitnya di celah paha.
Bagi memastikan
kegiatannya sukar dikesan, wanita terbabit memakai pakaian labuh. Dia turut
dibantu seorang lelaki yang berpura-pura membantunya berjalan sebelum mereka
keluar dari premis berkenaan lapor Harian Metro.
Pemilik perniagaan, Chong
Choon Shee, 46, berkata, kejadian terbabit menyebabkannya kerugian
RM8,000.
“Saya menyedari perkara
itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Saya meneliti rakaman
berkenaan kerana hairan apabila mendapati balang berisi gamat di rak pameran
dalam keadaan tidak tersusun.
“Lelaki berusia 40-an itu
pula membantu wanita terbabit berjalan. Dia sukar untuk berjalan kerana balang
berkenaan mungkin disepit di celah pahanya,” katanya.
0 Response to "WANITA BERJUBAH CURI GAMAT KERING GUNA TEKNIK KANGKANG"
Post a Comment