MENARIK!! RAHSIA MANUSIA INI 'KEBAL' KEPADA CILI


Seorang lelaki yang dikenali sebagai, Putu Suartawan, 41, boleh dianggap manusia cili apabila boleh memakan cili dalam kuantiti yang banyak.

Malahan perbuatan berkenaan tidak membawa masalah kepada perutnya.

Memetik laporan Merdaka.Com melaporkan, lelaki itu juga mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.

"Setiap kali keputusannya, saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan. Keputusannya, saya tidak pernah ada masalah kesihatan.

"Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang berumur 41 tahun, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukurnya belum pernah ada," kata Suartawan.

Sementara itu ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datangnya kebolehan itu.

"Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu, " katanya.

Terdahulu, Suartawan pernah mengemparkan Indonesia suatu ketika dahulu, apabila pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

"Ketika itu saya mendapat  undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik. Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.

"Banyak yang teriak ngeri lihat saya luluran dengan cabai di muka dan mengenai mata. Saya tidak rasakan perih atau pedas apapun," katanya.

0 Response to "MENARIK!! RAHSIA MANUSIA INI 'KEBAL' KEPADA CILI"

Post a Comment