Eizlan
Yusof telah memberi sedikit komen apabila di tanya tentang gosip yang tersebar
mengatakan bekas isterinya iaitu Vie Shanty kini sedang rapat dengan Zizan
Razak.
Pelakon
bergelar Dato itu berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa
juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan cinta
yang baru.
Eizlan
Yusof berkata gosip dan berita itu langsung tidak menjejaskan hubungan baik yang
sedia ada dengan bekas isterinya itu.
Ini
komennya tentang gosip Vie dengan Zizan:
Kami
sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama
saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk
anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,
Ini
komennya tentang merujuk semula dengan Vie Shaty:
Memang
itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua
belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan
ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai
hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami
isteri,
Memang
tepat sekali komen dari Eizlan Yusof ini. Dia langsung tidak cepat melatah,
mengetahui batasannya sebagai bekas suami.
Eizlan
dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka
dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie
Zaalia, 3.
Sumber: beritamemey
Sumber: plbgaimacam
0 Response to "INI KOMEN EIZLAN YUSOF ISU BEKAS ISTERINYA DIGOSIPKAN BERCINTA DENGAN ZIZAN RAZAK"
Post a Comment