Nurulain Mahu Cincang Anak, Akaun Kena Hacked ?

SANGAT mengejutkan apabila sebuah printscreen menjadi viral menerusi Internet dan lebih malang lagi ialah perkara itu datangnya daripada seorang budak perempuan Melayu yang beragama Islam bernama Nurul Ain.



Menurut printscreen itu, budak ini kemungkinan telah hamil dan bakal melahirkan anak luar nikah hasil perhubungan zina dengan seorang lelaki tanpa sebarang ikatan yang sah.
Dia telah mengeluarkan status yang sangat kejam dan mencetuskan kemarahan netizen dengan mengatakan dirinya tidak sabar melahirkan anak haram tersebut dan apabila anak itu lahir, akan dipotong dan dicincang.
1
Susulan kenyataan yang biadap lagi tidak berperikemanusiaan ini, dia dikecam hebat dan ramai yang meminta untuk dirinya kembali bertaubat serta tidak melakukan perkara terkutuk itu.
Namun, selepas perkara ini menjadi viral, Nurulain tampil mengatakan perkara itu tidak benar dan sebenarnya akaun Facebook miliknya konon telah di-hacked danposting itu bukanlah datang dari dirinya sendiri.
2
Rata-rata dilihat tidak mempercayai bahawa akaunnya itu telah di-hacked dan beranggapan bahawa budak perempuan ini adalah seorang yang memang inginkan perhatian ramai.
Tetapi ada juga yang masih bersangka baik dan mempercayai kemungkinan benar apa yang dikatakan oleh Nurulain itu bahawa akaunnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
3
4Sumber - MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Nurulain Mahu Cincang Anak, Akaun Kena Hacked ?"

Post a Comment