Kabul: Gambar seorang wanita yang dipotong
hidung oleh suaminya selepas mereka bergaduh mencetuskan kemarahan banyak pihak
di negara itu dengan aktivis menuntut hukuman berat dikenakan untuk perbuatan
yang dianggap tidak bertamadun itu.
Menurut NBCNEWS, hidung wanita itu, Reza Gul,
20, dipotong suaminya di rumah mereka di utara wilayah Faryab semalam, dan dia
dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Menurut Ketua Polis Afghanistan, Jeneral Sayed
Aqa, suami wanita itu melarikan diri dan polis sedang memburunya.
Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan yang
menyebarkan gambar Reza Gul melalui Twitter
(https://twitter.com/afghanistanihrc) mengutuk perbuatan itu sebagai kejam dan
mendesak kerajaan menangkap suami wanita berkenaan.
Di beberapa wilayah di Afghanistan, memotong
hidung bermaksud mahu memalukan mangsa serta menunjukkan mangsa kononnya membawa
malu besar kepada keluarga atau suku kaum.
AFP melaporkan, menurut Ahmad Javed Bedar iaitu
jurucakap Gabenor Faryab, suami wanita itu, Mohammad Khan, memotong hidung
isterinya menggunakan pisau lipat dan dia kini melarikan ke kawasan dikuasai
Taliban.
Ahmad Javed berkata, Reza Gul memerlukan
pembedahan mencantum atau membentuk semula hidungnya yang tidak mungkin dapat
dilakukan di Afghanistan.
Pasangan itu sudah lima tahun berkahwin dan
mempunyai seorang anak.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha, 18, juga
dipotong hidungnya oleh suaminya kerana melarikan diri dari rumah selepas tidak
tahan didera lelaki berkenaan.
Majalah Time menyiarkan gambarnya di muka depan
yang menarik perhatian serta simpati seluruh dunia. Bibi Aisha kemudian dibawa
ke Amerika Syarikat dan dipasang hidung palsu sebelum menjalani pembedahan
pembentukan semua hidungnya.
0 Response to "Suami Kejam Potong Hidung Isteri"
Post a Comment