
Pelakon Datuk Eizlan Yusof,45, berpendapat
bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan
hidupnya, termasuklah membina hubungan dengan pasangan baharu yang sesuai dengan
dirinya.
Apa yang penting, menurut pelakon kacak itu,
gosip yang mengatakan bekas isterinya kini Vie Santie Harun, 30, sedang
menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak tidak akan sama sekali
menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.
“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak
untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan
hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen
lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu ketika ditanya mengenai
harapannya sebelum ini untuk berbaik semula dengan Vie, kata Eizlan, ia sukar
untuk berlaku memandangkan keadaan itu memerlukan persetujuan kedua-dua belah
pihak.
“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena
faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang
perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti
yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya
selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya.
Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan
bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie
Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.
Sementara itu hubungan Zizan dan Vie mula
menjadi perhatian apabila ada sumber yang memberitahu, pelakon ini kini
menjalinkan hubungan dengan ibu tunggal tersebut.
Hubungan yang bermula sebagai teman bisnes itu
kini bertukar menjadi lebih akrab apabila kedua-duanya semakin serasi
bersama.
Bagaimanapun Zizan ketika diterjah dengan
soalan ini, enggan memberi komen lanjut sesuai dengan azamnya untuk mengurangkan
kontroversi pada 2016.
0 Response to "Dia Pun Ada Hak - Eizlan"
Post a Comment