Mungkin tidak semua
bersetuju dengan jenaka yang ditampilkan oleh Nabil Ahmad ketika mengacara namun
dalam masa yang sama, pelawak ini masih mendapat sokongan tidak henti-henti
daripada peminat. Jelas Nabil kepada Utusan Online, jika tidak sukakan jenaka
yang dibawakannya, jangan tonton persembahannya.
Bukanlah saya nak cakap
besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu,
jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan
cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang
terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di
situ
Saya tak salahkan penonton
sebab memang saya dikenali dengan cara begitu. Itulah saya. Jadi kalau saya
masih lagi berada di situ (diberi tugas mengacara), maknanya saya diterimalah.
Secara tak langsung menunjukkan bahawa saya masih diberi kepercayan oleh pihak
produksi untuk berada di situ dan mengendalikan program
Jadi yang bercakap ini,
daripada 10 orang, mungkin cuma seorang saja yang tak berpuas hati. Untuk orang
macam saya, saya malas nak ambil pusing sebab kerja saya memang begitu. Yang
saya lakukan itu menjadikan yang berbeza daripada pengacara lain. Anda boleh
tanya balik, apa yang membezakan saya dengan orang lain? Apa yang membezakan
kita dengan orang lain? Masing-masing mesti tak sama bukan?
Kepada mereka yang terlalu
sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak
paksa orang untuk tengok saya, katanya kepada Utusan Online menjelaskan
pendiriannya.
0 Response to ""KALAU SENSITIF SANGAT, JANGAN TONTON LAWAK SAYA" LUAHAN BENGANG NABIL TERHADAP PENONTON SENSITIF"
Post a Comment