Pemenang tempat ketiga,
Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30),Caliph
Buskers sempat berkongsi cerita dan pengalaman mereka sebelum ini
bagaimana mereka mereka hampir ditipu oleh penganjur acara yang menawarkan hanya
RM150 dengan masa 1 jam untuk menjayakan satu persembahan.
Kalau ikutkan ada yang
cuba mengambil kesempatan tapi kita bertegas dan tak mudah untuk menerimanya.
Mereka menawarkan RM150 sejam. Untuk setiap persembahan kami akan meneliti
terlebih dahulu adakah ia berbaloi atau pun tidak, kata vokalis Caliph
Buskers.
Dalam pada itu, Caliph
Buskers kini telah pun mengorak langkah dengan membuka studio sendiri untuk
berlatih seterusnya merekodkan lagu-lagu mereka sendiri.
Sementara
itu, sebagai pemenang tempat ketiga AJL30, Caliph Buskers berjaya membawa pulang
wang tunai berjumlah RM20,000 beserta sebuah trofi menerusi lagu Hanya Namamu
ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim.Sudah buka studio secara
kecil-kecilan untuk membuat latihan persembahan, dan cuba untuk merakamkan lagu
sendiri. Tetapi studio ini bukanlah dibuka pada orang awam, ini hanyalah untuk
kami sahaja, ujarnya lagi.
0 Response to "TAK SANGKA!! CALIPH BUSKER DEDAH MEREKA DITIPU PENGANJUR"
Post a Comment