Pereka busana ‘ayam
belanda’ yang dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke-30
(AJL30) menjelaskan baju terbabit merupakan koleksi sedia ada yang dhasilkan
pada tahun 2015.
Menurut Rizalman 44, Fara
Fauzana meminjam baju itu pada saat akhir kerana busana dari pereka fesyen lain
yang sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah
tersebut.
“Untuk pencerahan Fara
Fauzana memakai baju ‘ayam belanda’ itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun
2015.
“Dia meminta untuk memakai
pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke
Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak
bertepatan dengan tema.
“Beliau tiada pilihan
selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di
rak,” ujarnya sebagaimana memetik laman Instagramnya.
Rizalman menjelaskan
perkara tersebut sebagai menjawab kritikan penonton terhadap baju rekaannya itu
yang dipakai oleh Fara Fauzana ketika mengacara AJL30 yang seolah-olah
menyerupai ‘ayam belanda’.
Rizalman juga berkata dia
tidak berniat untuk menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus
mengkritik mereka atas apa yang berlaku.
Selain dari Fara Fauzana,
Rizalman turut menyediakan baju yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pada malam
itu.
Sementara itu, Fara
Fauzana pula bersikap terbuka dengan menganggap segala kritikan sama ada yang
baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap
penampilannya.
“Positif atau negatif kita
tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta,
pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan
kita.
“Bukan salah baju mereka
tapi, ya badan kita yang ‘sado’, tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka,”
ujarnya.
0 Response to "PANAS!! BAJU FARA FAUZANA DIKRITIK SEPERTI AYAM BELANDA DI AJL30, INI JAWAPAN BALAS BELIAU"
Post a Comment