Mahu menjadikan tahun 2016
sebagai tahun kebangkitan semula, Tasha
Shilla kini didakwa sedang menjalin cinta dengan seorang lelaki
berpangkat kapten namun empunya diri pantas menafikan perkara
tersebut.
Kami cuma berkawan dan
tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan
biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum.
Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah
lalu berulang kembali
Kalau saya bertunang atau
akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja
kisah cinta. Buat masa sekarang saya belum ada teman istimewa kerana mahu
menumpukan kepada karier seni sebab perjalanan dunia seni saya sekarang ini agak
perlahan, jelasnya dipetik daripada BH
Online.
Kata Tasha, dia tidak mahu
terlalu terbuka bercerita mengenai kehidupan peribadi seperti yang dilakukannya
sebelum ini. Malah dia juga mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.
Semoga Tasha berjumpa dengan naskhah yang mampu melonjakkan semula namanya dalam
bidang seni.
0 Response to "KINI TASHA SHILA BERCINTA PULA DENGAN KAPTEN?"
Post a Comment