KUALA
LUMPUR: Selangor akhirnya berputih mata selepas terkeluar daripada pilihan
syarikat kosmetik D’Herbs, sebaliknya tiga pasukan, Pahang, Kedah dan FELDA
United bakal meraih ‘durian runtuh’ daripada penajaan pengasas syarikat itu,
Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Mengakui tawar hati dengan pasukan juara Piala
Malaysia itu yang disifatkan terlalu rumit dengan perbincangan sebelum ini gagal
mencapai kata putus, Aliff kini mengakui sedang mempertimbangkan secara serius
untuk menaja tiga pasukan berkenaan.
Aliff
ketika dihubungi BH Sukan berkata, beliau sudah bertemu dengan barisan
pengurusan FELDA United dan Kedah untuk berbincang berhubung soal tajaan, tetapi
buat masa ini, tiada lagi apa-apa perjanjian yang dimeterai. Beliau juga
mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang syarat bagi menaja pasukan
terbabit, sebaliknya mahukan mereka pula yang memberikan ‘sesuatu’ kepada
syarikat miliknya.
“Cukuplah
saya dikecam sebelum ini selepas berhasrat untuk menaja sebuah pasukan ternama,
jadi saya hanya mahu mendengar apa yang boleh mereka tawarkan kepada saya dan
kelebihan yang akan saya terima jika saya bersetuju menaja pasukan
mereka.
“Saya
serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan apa yang bakal saya terima untuk
penajaan ke atas pasukan mereka kerana mereka lebih memahami kehendak dan
keperluan pasukan untuk bersaing dalam liga di negara ini,” katanya ketika
dihubungi BH Sukan, semalam. Usahawan berusia 29 tahun itu juga mengakui beliau
berada dalam dilema dan keliru untuk membuat pilihan pasukan mana yang bakal
menerima penajaannya musim ini.
“Saya
sudah berjumpa secara peribadi dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kelmarin dan beliau turut memberikan tawaran
‘Terlajak Hebat’ yang saya fikir mampu menambat hati saya. “Tambahan pula, Kedah
memiliki penyokong yang hebat dan mampu memenuhi stadium setiap kali pasukan
kesayangan mereka beraksi, jadi berkemungkinan ini bakal menjadi satu faktor
yang akan saya pertimbangkan nanti,
”
katanya. Bagi Pahang dan FELDA United pula, Aliff berkata, kedua-dua pasukan itu
terlalu dekat dengan hatinya memandangkan beliau sendiri adalah anak kelahiran
Pahang dan dilahirkan di FELDA Kechau di negeri itu. “Jadi, situasi ini
meletakkan saya dalam keadaan dilema tetapi saya perlu memikirkan
semasak-masaknya kerana isu tajaan ini bukan perkara yang kecil…ia membabitkan
tajaan bernilai jutaan ringgit. “Saya akan leraikan penantian ini dalam sidang
media khas yang bakal diadakan dua minggu lagi,” katanya.
0 Response to "AKHIRNYA DATUK ALIFF BUAT KEPUTUSAN UCAP SELAMAT TINGGAL BUAT PASUKAN SELANGOR"
Post a Comment