Sebelum ini, pelakon dan
juga penyanyi Maya Matahari pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan suami,
Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz tidak duduk serumah dan baru-baru ini melalui
Berita Harian, Maya menjelaskan dia sudah bercerai talak satu pada 17 Ogos tahun
lalu.
Apabila kisah artis
bercerai disajikan bersilih ganti, ada pula pihak yang melihat ia seperti aliran
semasa. Inilah yang menjadi antara alasan saya berdiam diri sebelum mengumpul
kekuatan merungkai kebenaran yang sudah tertulis, katanya.
Selain melihatkan komen
pedas individu luar di laman sosial yang membuatkan dia terkesan, pada masa yang
sama ibunya juga berdepan masalah kesihatan membuatkan dia mendiamkan diri
terlebih dahulu mengenai kisah rumahtangganya itu dan memendam
perasaan.
Selain itu, perpisahan dengan bekas suami itu juga
turut membuatkan dirinya menjadi lebih dewasa dan lebih mengenali hati budi
orang serta mematangkan dirinya. Apa pun, semoga Maya tabah menghadapi dugaan
kehidupan.
0 Response to "MAYA MATAHARI SAH BERCERAI AKUI SEMAKIN MATANG"
Post a Comment