PELIK!! MAYAT ANAK DIAWET UNTUK DIAJAK BERMAIN JUDI


Di Barceloneta, Puerto Rico, lelaki gambar di atas itu dah meninggal sebenarnya, tapi seolah-olah macam hidup lagi lah pulak apabila ‘turut’ serta dalam permainan kad terup di meja poker.. Orang dah mati pun nak ‘diajak’ main lagi, pelik betul!


Menyeksa mayat je, apa salahnya kalau ditanam je mayat tu.. Ini tidak, disiapkan mayat itu seperti masih hidup lagi je… Si mati yang dikenali Henry Rosario Martinez, yang meninggal dunia pada usia 31 tahun, pada 19 Januari lalu kerana pengambilan arak dan dadah berlebihan..

Semasa si mati ini hidup, si mati suka berjudi dan bergaduh.. Selepas dia meninggal dunia, ayah kepada Henry meminta bantuan pemilik syarikat pengurusan, Jose Mendelez untuk ‘menghias’ Henry di meja poker..

Menurut Jose Mendelez, ini kali pertama dia ‘menghiasi’ mayat seperti itu tapi perkara sebegini dikatakan pernah dilakukan di beberapa negara lain juga.. Selepas Henry telah ‘bersiap sedia’ untuk bermain, ahli keluarganya kemudian duduk dan bermain poker bersama..


Macam-macam cara nak ‘meraihkan’ si mati sebelum dibakar atau ditanam, kan?? Kadang kala itu kesian melihat mayat diperlakukan macam itu tapi nak cakap lebih pun tak guna juga, dah diorang pun tak kisah.. Kononnya itu kenangan terakhir bersama si mati.. Apa-apa je lah.. 

0 Response to "PELIK!! MAYAT ANAK DIAWET UNTUK DIAJAK BERMAIN JUDI"

Post a Comment