NIAT NAK KAHWIN TAPI TAK ADA CALON SESUAI - ZIZAN


Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui bahawa dia berniat untuk berkahwin tetapi belum mempunyai calon yang sesuai. Menurutnya lagi, dia kini lebih fokus pada kerjaya kerana menyerahkan jodohnya kepada Tuhan.


“Jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya terletak di tangan Tuhan. Niat untuk berkahwin ada tetapi tidak tahu siapa yang bakal jadi isteri. Sekarang ini biarlah saya fokus pada kerja dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Telefilem Oh My Ganu 2! petang kelmarin.
Sementara itu, kontroversi yang melandanya sepanjang tahun lalu membuatkan dia lebih berpengalaman, matang dan dewasa untuknya belajar daripada kesilapan lalu.
“Kontroversi ini berlaku dengan izin Allah. Benda kontroversi tidak ada orang yang minta. Allah nak uji ketahanan kita bagaimana cara seseorang itu kendalikan hal tersebut. Banyak juga saya belajar daripada kesilapan lepas dan berharap tidak akan melakukan perkara yang sama,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Telefilem Oh My Ganu 2!, lakonan Zizan Razak, Zain Saidin, dan Tiz Zaqyah akan menemui anda pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (saluran 610) dan juga di Astro Maya HD (saluran 135).

0 Response to "NIAT NAK KAHWIN TAPI TAK ADA CALON SESUAI - ZIZAN"

Post a Comment