SUSULAN isu ibu muda ambil gambar selfie sedang menyusukan anak lalu dimuatnaik di Facebook yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, pemilik jenama pakaian khusus buat ibu yang menyusukan bayi memohon maaf kerana terasa tempiasnya.
Ini kerana ada dalam
kalangan ibu yang dikecam kerana bertindak demikian mungkin merupakan pelanggan
mereka.
Tindakan mengambil gambar
selfie tersebut, biasa dilakukan pelanggan mereka yang puas hati dengan faedah
yang diperoleh daripada pakaian dibeli lalu ingin memberikan testimonial kerana
teruja mereka kini boleh menyusukan anak di tempat awam tanpa bimbang aurat
terbuka.
Begitupun, gambar-gambar
testimonial pelanggan terbabit dikaburkan wajah mereka, dan bukanlah
terang-terangan untuk tontonan di Facebook peribadi.
Itulah antara penerangan
yang diberikan wakil jenama Feedmilk kepada Mynewshubberkenaan isu
ini.
Berikut permohonan maaf
yang dimuatnaik jenama pakaian yang memudahkan ibu menyusukan bayi ini,
sepertimana di muatnaik di Facebook mereka.
“KAMI MOHON MAAF ISU SELFIE
SAMBIL BF “
( ibu yg menyusu sahaja
WAJIB baca )
Sebagai sebuah jenama yang
berdiri dengan ibu-ibu menyusu sebagai customer. Kami ingin memohon maaf di atas
gambar selfie ibu yang menyusu dan telah dikecam oleh ramai
orang.
Gambar yang kami poskan dan
kami terima sangat banyak bukanlah dibuat-buat. Tetapi di atas keberkesanan kami
membantu mereka menyusu di tempat awam dengan teknologi ?#?SelamberSelak? ini.
Itu ialah testimoni selepas
menggunakan baju menyusu feedmilk. Mereka mungkin excited dan teruja kerana
sebelum ini susah untuk menyusu di public, dan bila memakai baju kami, mereka
hepi dan share gambar dengan semua org untuk berinspirasi, tetapi di salah
erti.
Oleh itu, Kami berbesar
hati menerima gambar customer kami, tetapi gambar memakai baju feedmilk dan
memegang baby itu sudah memadai.
Diharap kita semua dpt
terus menyusukan anak dimana sahaja kita berada dengan baju menyusu Feedmilk
walaupun mereka ramai tidak paham ttg apa kita buat dan pakai. Walaupun kdg2,
sedih bila tgk ibu2 sendiri juga menjatuhkan ibu2 yang menyusu dipublic. Tapi
mungkin die tak kenal Feedmilk lagi..hehe
*LIKE dan berikan KOMEN
positif tanda anda bersama Feedmilk !
Apapunn.. Jangan SELFIE!
Dan post di FB.. .
Tinjauan kami mendapati
jenama Feedmilk ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu yang
menyusukan bayi tetapi bak pesanan mereka dalam posting di atas, janganlah pula
selfie dan pos di FB sekalipun teruja kerana menemui pakaian yang amat membantu
urusan yang selama ini taboo ya..
Apa pun tahniah kami
ucapkan kepada pemilik jenama ini yang masih muda namun berjaya tampil dengan
perniagaan unik dan amat membantu para ibu terutama kaum muslimah.
Semoga perniagaan anda
diberkati dan terus berjaya.. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "PANAS - Pengeluar Pakaian Mohon Maaf Isu Selfie Sambil ‘Breastfeed’"
Post a Comment