PEMANDU BAS BIADAP, PUKUL PENUMPANG TIDUR DI TEMPAT TIDUR PEMANDU


Tersebar satu video di media sosial yang menunjukkan aksi biadap seorang lelaki yang dipercayai pemandu bas express, mengamuk dan bertindak memukul seorang penumpang ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka apabila penumpang tersebut tidur di tempat tidur pemandu..

Disebabkan itu pemandu bas Seasons Express berang dan tak puas hati, terus pergi ke mangsa dan bertindak melempang, menendang dan memukul muka mangsa menggunakan selipar..

Ish! Ish! Kenapa perlu pukul orang seperti samseng minta hutang je?? Apa salahnya kalau menegur dengan cara yang lebih berhemah.. Ini tidak, gelagat pemandu bas ni macam tunjuk bagus je, kurang ajar!

Memang lah penumpang itu buat salah sebab tidur di tempat dia, tapi tak salah kalau pemandu bas itu menegur dengan cara baik.. Ini siap bagi amaran kat penumpang lain jangan masuk campur..

“Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… Tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau… Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?” kata pemandu bas itu.

Selepas tersebar video itu di media sosial, ramai yang menempelak sikap pemandu bas itu kerana tindakannya yang keterlaluan! Memang keterlaluan sangat pun, dah tak ada adab dan hormat serang orang macam itu.. Harap pihak polis dapat menyiasat kes ini.

0 Response to "PEMANDU BAS BIADAP, PUKUL PENUMPANG TIDUR DI TEMPAT TIDUR PEMANDU"

Post a Comment