Pasukan keselamatan Sweden sedang berusaha
mencari dua mangsa yang dipercayai maut selepas sebuah pesawat yang membawa mel
terhempas di utara negara itu pada Jumaat.
Pesawat yang menggunakan model Canadair
CRJ-200 itu menghantar panggilan kecemasan dan kemudiannya dikesan di
kawasan darat oleh pesawat F-16 milik Norway.
Menurut akhbar harian Sweden, Svenska Dagbladet, pesawat itu dalam penerbangannya dari lapangan terbang utama di Oslo ke Tromso di Norway.
Seorang jurucakap memberitahu stesen radio Sweden bahawa polis sedang menjejaki lokasi nahas di antara bahagian barat laut Tasik Akkajaure dan sempadan Norway.
Tambah jurucakap itu, kawasan berkenaan tidak mempunyai jalan raya dan cuaca begitu sejuk. - Reuters

0 Response to "Pesawat Terhempas Di Sweden"
Post a Comment